hello.
Klik link untuk join!
Janji Hati - Prolog
Seorang wanita yang mengendong anak kecil di tangannya
itu berjalan dengan penuh berhati-hati di kaki lima jalan yang basah dengan
lecak dan lumpur. Hari itu hujan turun selebat-lebatnya membasahi bumi berselang-seli
dengan kilat dan guruh yang gerun. Dia cuba untuk mencari kotak yang berdekatan
dan bersaiz sederhana besar untuk meletakkan anak kecil itu, namun keadaannya
sekarang hanya menyukarkan pandangannya yang gigih melihat dalam gelap
dan payah itu. Puas dia menoleh memerhati sekaliling dan matanya terhenti
apabila dia melihat kubah masjid yang tinggi dalam kesamaran malam dan bayang, tidak
jauh dari tempatnya berdiri. Dengan kudrat yang masih berbaki, dia meneruskan
langkahnya ke masjid itu sambil mendakap erat tubuh bayi itu yang mula merengek
tidak selesa itu.
Keadaan di sekitar masjid itu sunyi sepi dan dia sangat yakin bahawa tiada seorang pun berada di situ selainnya. Anak kecil itu sudah
mula reda sedikit tangisannya apabila akhirnya wanita itu berteduh di tempat
yang lebih selesa, terlindung daripada basah hujan, di bawah bumbung dan dalam
ruang yang besar namun sungguh gelap-gelita yang dikira ruang luar masjid. Dia
duduk sebentar di anjung tangga pendek dan menepuk-nepuk badan kecil itu
sebagai tanda memujuknya dan agar kembali lena semula. Keadaan hujan yang turun
nampak padanya seperti tidak akan surut dalam masa terdekat. Dia menggunakan
masa-masa terakhir bersama bayi yang tidak berdosa itu dengan mendakap erat
tubuhnya dan menikmati kehangatan yang mengalir, seakan membiarkan dirinya menghayati
dan mahu mengingati detik itu di kemudian hari. Kerana dia tahu, itu kali yang
terakhir.
Dia menunduk sedikit ke bawah melihat si kecil itu
sedang asyik diulit lena, terasa tenang dapat merasakan turun naik dadanya di
bawah tapak tangan yang mendakapnya di belakang badan si kecil itu. Timbul rasa
sebak dalam hatinya, sekaligus matanya berkaca. Sungguh, dia tidak mahu untuk
berpisah dengan anaknya sendiri. Anak yang dikandungkannya susah-payah sembilan
bulan, menjaganya dengan penuh kasih. Dia bersumpah kepada dirinya jika dia
mempunyai kedudukan dan kehidupan yang lebih baik, dia mahu mencurahkan sepenuh
kasih kepada zuriatnya itu dan tidak mahu melepaskannya langsung. Tetapi apakan
daya, dirinya sendiri menghadapi segala susah-payah dari mula hinggalah saat
itu.
Dia tak sanggup anaknya itu hidup tersiksa dengan
keadaanya yang sebatang kera, hinggakan dia tidak mampu membiarkan anaknya
membesar, dalam mengetahui dia adalah anak luar nikah yang tidak berbapa. Baginya,
biarlah dia dibesarkan dengan anggapan dia adalah anak yatim piatu dan berharap
anak itu tidak mengetahui rahsia asal-usulnya. Dia sungguh mengetahui bahawa
pilihan yang dibuatnya sekarang sungguh gila kerana ingin mengabaikan anaknya
sendiri, tetapi dek kesempitan hidup sebatang kara dan tidak dipeduli oleh
sesiapa mendesaknya hingga lah di mana dia berada sekarang.
Namun tiada
siapa mahu mempercayainya, hakikat bahawa dia telah dipaksa untuk melakukan
perbuatan terkutuk itu. Dia masih ingat lagi, sewaktu kedua-dua ibu bapanya
mengetahui bahawa dia mengandung, mereka menghalaunya untuk keluar dari rumah
namun dia tetap berusaha memujuk dan mendesak untuk tinggal di situ, dan akan
keluar dengan sendiri setelah melahirkan anaknya. Jadi kini, hanya ada dia dan
si kecil itu.
Hujan sudah mula beransur reda, seakan turut
mengakhiri tirai rasa pilu dalam dirinya. Tanpa dia sedar ada titisan jernih
yang mengalir sepanjang pipinya dan segera diseka dengan hujung jari. Pandangan
hadapannya sudah mula diterangi sedikit berbanding sebelumnya apabila cahaya
bulan sudah mula membelah langit hujan. Di suatu sudut, dia melihat ada longgokkan
kotak-kotak dan plastik sampah di dalam rumah kecil seperti rumah sampah.
Perlahan-lahan dia bangun dari duduk dan mencari kotak yang agak bersih dan
selesa. Terdapat sebuah kotak yang menemui keingininannya lalu sempat dia
ucapkan syukur di dalam hati. Sekurang-kurangnya, dia mahu si kecil itu
ditinggalkan dalam keadaan yang selesa semampu boleh diberikan kepadanya. Dia
mengeluarkan sehelai kain shawl daripada beg dan segera dilapik pada bahagian dalam
kotak serta meletakkan sebuah bantal kecil.
Setelah siap, dia menghayati wajah anaknya buat kali
terakhir, mengucup dahinya lama, kemudian turun pada kedua-dua kelopak matanya
yang tertutup rapat, hujung hidung merahnya, kedua-dua pipi gebu dan montel itu,
pada bibir basah si kecil dan akhir sekali pada hujung dagunya. Sambil
membisikkan doa di telinga kanan bayi itu buat kali terakhir, dan sesudah itu
memasukkannya dengan penuh rasa berat di dada. Dia mengeluarkan sekeping kertas
dan pena, lantas menulis amanat buat hambaNya yang sudi menjaga anak kecil itu
kelak.
Dalam menahan sebak yang menggunung, dia bangkit dari
bertinggung, lalu disegerakan kakinya berpusing ke belakang dan tanpa menoleh semula.
Ikhtiar diri terakhir, hanya mampu berdoa dalam hati,
semoga insan yang mulia akan menjaganya sepenuh kasih.
x ScribblesWriter x
Sila tinggalkan komen ya untuk pendapat anda. Terima kasih
hello. **click banner to join** Jom join segmen bloglist. Banner dia comel btw ! >< Hahahaha. Yang singgah sini, follow and leave com...