[Short Story] Janji Hati | Heartpromising Series - Prolog

 

Janji Hati - Prolog 

Seorang wanita yang mengendong anak kecil di tangannya itu berjalan dengan penuh berhati-hati di kaki lima jalan yang basah dengan lecak dan lumpur. Hari itu hujan turun selebat-lebatnya membasahi bumi berselang-seli dengan kilat dan guruh yang gerun. Dia cuba untuk mencari kotak yang berdekatan dan bersaiz sederhana besar untuk meletakkan anak kecil itu, namun keadaannya sekarang hanya menyukarkan pandangannya yang gigih melihat dalam gelap dan payah itu. Puas dia menoleh memerhati sekaliling dan matanya terhenti apabila dia melihat kubah masjid yang tinggi dalam kesamaran malam dan bayang, tidak jauh dari tempatnya berdiri. Dengan kudrat yang masih berbaki, dia meneruskan langkahnya ke masjid itu sambil mendakap erat tubuh bayi itu yang mula merengek tidak selesa itu.

Keadaan di sekitar masjid itu sunyi sepi dan dia sangat  yakin bahawa tiada seorang pun  berada di situ selainnya. Anak kecil itu sudah mula reda sedikit tangisannya apabila akhirnya wanita itu berteduh di tempat yang lebih selesa, terlindung daripada basah hujan, di bawah bumbung dan dalam ruang yang besar namun sungguh gelap-gelita yang dikira ruang luar masjid. Dia duduk sebentar di anjung tangga pendek dan menepuk-nepuk badan kecil itu sebagai tanda memujuknya dan agar kembali lena semula. Keadaan hujan yang turun nampak padanya seperti tidak akan surut dalam masa terdekat. Dia menggunakan masa-masa terakhir bersama bayi yang tidak berdosa itu dengan mendakap erat tubuhnya dan menikmati kehangatan yang mengalir, seakan membiarkan dirinya menghayati dan mahu mengingati detik itu di kemudian hari. Kerana dia tahu, itu kali yang terakhir.

Dia menunduk sedikit ke bawah melihat si kecil itu sedang asyik diulit lena, terasa tenang dapat merasakan turun naik dadanya di bawah tapak tangan yang mendakapnya di belakang badan si kecil itu. Timbul rasa sebak dalam hatinya, sekaligus matanya berkaca. Sungguh, dia tidak mahu untuk berpisah dengan anaknya sendiri. Anak yang dikandungkannya susah-payah sembilan bulan, menjaganya dengan penuh kasih. Dia bersumpah kepada dirinya jika dia mempunyai kedudukan dan kehidupan yang lebih baik, dia mahu mencurahkan sepenuh kasih kepada zuriatnya itu dan tidak mahu melepaskannya langsung. Tetapi apakan daya, dirinya sendiri menghadapi segala susah-payah dari mula hinggalah saat itu.

Dia tak sanggup anaknya itu hidup tersiksa dengan keadaanya yang sebatang kera, hinggakan dia tidak mampu membiarkan anaknya membesar, dalam mengetahui dia adalah anak luar nikah yang tidak berbapa. Baginya, biarlah dia dibesarkan dengan anggapan dia adalah anak yatim piatu dan berharap anak itu tidak mengetahui rahsia asal-usulnya. Dia sungguh mengetahui bahawa pilihan yang dibuatnya sekarang sungguh gila kerana ingin mengabaikan anaknya sendiri, tetapi dek kesempitan hidup sebatang kara dan tidak dipeduli oleh sesiapa mendesaknya hingga lah di mana dia berada sekarang.

 Namun tiada siapa mahu mempercayainya, hakikat bahawa dia telah dipaksa untuk melakukan perbuatan terkutuk itu. Dia masih ingat lagi, sewaktu kedua-dua ibu bapanya mengetahui bahawa dia mengandung, mereka menghalaunya untuk keluar dari rumah namun dia tetap berusaha memujuk dan mendesak untuk tinggal di situ, dan akan keluar dengan sendiri setelah melahirkan anaknya. Jadi kini, hanya ada dia dan si kecil itu.

Hujan sudah mula beransur reda, seakan turut mengakhiri tirai rasa pilu dalam dirinya. Tanpa dia sedar ada titisan jernih yang mengalir sepanjang pipinya dan segera diseka dengan hujung jari. Pandangan hadapannya sudah mula diterangi sedikit berbanding sebelumnya apabila cahaya bulan sudah mula membelah langit hujan. Di suatu sudut, dia melihat ada longgokkan kotak-kotak dan plastik sampah di dalam rumah kecil seperti rumah sampah. Perlahan-lahan dia bangun dari duduk dan mencari kotak yang agak bersih dan selesa. Terdapat sebuah kotak yang menemui keingininannya lalu sempat dia ucapkan syukur di dalam hati. Sekurang-kurangnya, dia mahu si kecil itu ditinggalkan dalam keadaan yang selesa semampu boleh diberikan kepadanya. Dia mengeluarkan sehelai kain shawl daripada beg dan segera dilapik pada bahagian dalam kotak serta meletakkan sebuah bantal kecil.

Setelah siap, dia menghayati wajah anaknya buat kali terakhir, mengucup dahinya lama, kemudian turun pada kedua-dua kelopak matanya yang tertutup rapat, hujung hidung merahnya, kedua-dua pipi gebu dan montel itu, pada bibir basah si kecil dan akhir sekali pada hujung dagunya. Sambil membisikkan doa di telinga kanan bayi itu buat kali terakhir, dan sesudah itu memasukkannya dengan penuh rasa berat di dada. Dia mengeluarkan sekeping kertas dan pena, lantas menulis amanat buat hambaNya yang sudi menjaga anak kecil itu kelak.

Dalam menahan sebak yang menggunung, dia bangkit dari bertinggung, lalu disegerakan kakinya berpusing ke belakang dan tanpa menoleh semula.

Ikhtiar diri terakhir, hanya mampu berdoa dalam hati, semoga insan yang mulia akan menjaganya sepenuh kasih.

x ScribblesWriter x

 

 A/N : i don't know if i should continue this story or not. it might be a melodrama but at the same time just as heartpromising as though.

It is 100% by me.

Sila tinggalkan komen ya untuk pendapat anda. Terima kasih 

 

 

 

 

 

 

 

 


SEGMEN : Pencarian Bloglist By Izatie Salim

 hello. **click banner to join** Jom join segmen bloglist. Banner dia comel btw ! >< Hahahaha. Yang singgah sini, follow and leave com...