SEGMEN : Pencarian Bloglist By Izatie Salim

 hello.







**click banner to join**

Jom join segmen bloglist. Banner dia comel btw ! >< Hahahaha.
Yang singgah sini, follow and leave comment, THANK YOU ! :) 

tarikh tamat : 31 dec 2020

much love <3





[Short Story] - It could be Us | Wrecker - Chapter 1

 

Setelah seharian melayan tetamu yang hadir untuk majlis persandinganku, aku dapat rasakan badanku yang sudah berpeluh dan berlekit. Memandangkan Khalis masih lagi berada di luar rumah, aku berlalu dahulu untuk naik ke atas dan membersihkan diri.

Jam pada waktu itu sudahpun masuk 9 malam, ketika aku baru sahaja keluar dari bilik air. Dengan hanya mengenakan bathrobe, aku berjalan kearah wardrobe yang menempatkan baju-baju aku. Kelibat Khalis masih lagi tidak kelihatan dalam bilik, jadi aku menganggap dia mungkin masih lagi berada di bawah bersama ahli keluarga yang lain.

Tangan kananku mencari-cari baju pajama tidur. Macam manalah aku boleh lupa untuk bawa baju tukar dalam tandas terus saja tadi? Ingat bawa anak-anak sahaja. Mak besarnya boleh terlupa pula. Aku bukannya apa, aku cuma takut sebab bila-bila masa je Khalis boleh masuk. Ah aku tak sedia nak berhadapan dengan dia dalam berpakaian begini. Malu wei! Mengenangkan suara-suara kecil dalam fikiranku itu, aku makin cepat-cepat mencari baju tidur yang sesuai. Dah kenapa semua baju ni warnanya mengancam sangat? Terang-terang pula tu! Ni mesti kerja mama kan, sengaja lah tu nak bagi aku pakai. Haih, puas aku mengeluh, akhirnya aku ternampak sepasang baju tidur  berwarna hitam. Yes! Ha jumpa pun yang elok sikit.

Baru saja aku ingin menarik keluar baju pajama itu, aku terdengar bunyi pintu bilik yang dikuak. Orang pertama yang terlintas untuk buka pintu sudah semestinya Khalis. Tapi boleh jadi juga mama atau Aisyah, adik perempuan Khalis. Sepasang baju itu aku peluk rapat ke dada dan aku menoleh memandang kearah bunyi itu memandangkan wardrobe ini agak tersorok. Privacy.

Dan benar, manusia tersebut adalah Khalis. Dia menanggalkan songkok di kepala dan menutup tombol pintu. Walaupun hari sudah larut malam dan dia mengenakan pakaian yang sama, baju Melayu itu dari pagi lagi, tapi Khalis masih Nampak segak lagi. Susah la macam ni, effortless handsome!

“Kau tu dah kenapa sekodeng aku macam stalker pula? Tahulah handsome, tak payah lah tengok lama-lama,” Teguran dari Khalis mematikan lamunan aku. Tak prasan pun weh usya dia lama macam tu! Argh, malunya! Menyedarkan hal itu, aku terus toleh daripadanya dan tundukkan kepala. Mana nak letak muka ni? Dalam almari ni boleh?

“Erm, a-awak nak mandi ke?” Perlahan-lahan aku pandang dia semula yang sudah beralih duduk di sisi katil dan membuka beberapa butang atas baju Melayu itu sehingga mendedahkan bahagian dadanya yang tegap. Oh God! Sabar Ena, jangan nampak sangat side pervert tu, Ya Allah, baru beberapa hari nikah dah sesak nafas macam ni. Macam mana nak survive? “Haah. Kenapa? Nak mandi dengan aku ke?” Khalis terus membalas dengan muka tanpa riak. Dia boleh ajak dengan muka macam tu je? Ish, straightforward nya! “Taklah, saya dah mandi dah. Baru je. Awak masuk lah, mandi pula” Jawapan daripada Khalis seterusnya menyentakkan aku.
“Boleh je mandi lagi sekali. Siap kita mandi wajib pun boleh dalam tu” Aku dapat rasakan muka aku mula membahang dan membayangkan segala perkara-perkara nasty yang boleh berlaku antara kami. Ya Allah, dia ni. Jangan macam-macam boleh tak? Khalis di sana sudah menyungging bibir. Suka la tu, tengok muka Ena dah merah-merah menahan malu.

Keadaan yang jeda setelah itu membuatkan aku terus berpaling untuk masuk semula ke dalam wardrobe dan salin baju tidur. Omy! Aku baru prasan, aku dari tadi pakai bathrobe je sepanjang bercakap dengan Khalis?! Ya Allah, malu malu malu!! Maka cepat-cepat aku tutup gelangsar wardrobe dan salin pakaian.

Khalis yang diam-diam memerhati Ena hanya tersenyum sambil mengeleng perlahan dan mula melangkah untuk membersihkan dirinya pula.

***

Dingin bayu malam yang menampar-nampar lembut pipi dan wajah Ena itu dihayati dengan sepenuhnya. Angin pada malam ni terus-terusan bergerak dan ianya sangat menenangkan. Ena yang dari tadi berdiri di balkoni sambil melihat dada langit malam yang penuh dengan bintang serta pemandangan perumahan serta Bandar di kota itu memandangkan rumah bangle keluarga Khalis terletak di atas bukit dan perumahan orang-orang berada yang membekalkan pemandangan indah kepada penghuni rumah, lebih-lebih lagi pada waktu malam begini.

Sedang Ena leka menatap bintang-bintang di langit, Khalis baru sahaja berdiri di sebelahnya tetapi Ena sedang sibuk memerhatikan bintang-bintang yang sangat banyak pada malam itu. Khalis yang melihatkan Ena seperti terpukau dan leka itu berdehem sedikit.

Terdengar bunyi yang dating dari sebelah aku, aku terus pandang ke sebelah kanan. Khalis ada dekat sini? Sejak bila? Dah lama ke ni? Kenapa aku tak prasan? Tula, leka lagi tengok bintang-bintang. Bintang yang paling terang kat sebelah ni pula tak prasan. EH?

“Ena,” Khalis bersuara namun pandangannya masih pada langit malam. Sejak aku sudah prasankan Khalis, terus saja mata aku telekat pada sisi wajahnya yang begitu kacak, terutamanya diterangi cahaya bulan dan bintang. Angel ke Khalis ni?

“Ena! Woi, Ena? Hello?” Khalis melambai-lambai sebelah tangan di hadapan mukaku, baru aku tersedar yang aku tak habis-habis tenungnya lagi dari tadi. Aku dah cakap kan aku malu dengan kejadian intai Khalis masuk bilik tadi kan? Sekarang pun sama! Ergh, kantoi busuk je!

“A-a-ha, ye, ye, apa dia?” Tergagap-gagap pula mulut ni bila nak balas teguran Khalis tadi. Dah kenapa. “Haihla kau ni. Dari tadi asyik duk tenung je aku. Seram pula rasa” Seloroh Khalis. Mana taknya woi, dah hang handsome sangat! Bukan salah aku! Tapi aku hanya menjawabnya dalam hati.

“Ena, kau tahu kan, perkahwinan kita ni atas apa,” Kata-kata dari Khalis yang tiba-tiba ke arah topic itu membuatkan aku sedikit tersedar. Sepertinya dia mahu katakan sesuatu yang serius.

“Ya…saya tahu.”

“Aku..aku berterima kasih dekat kau, sebab kau sudi terima pinangan keluarga aku. Tapi, kau dengan aku dah lama kawan, Ena. Kita rapat. Kau tahu kan, aku jenis yang macam mana?”

Ujar Khalis dengan nada yang cuba dikawal. Seperti dia tidak mahu aku tersakiti, tapi dalam masa yang sama tetap juga mahu menyatakan yang benar.

“Ya, saya tahu. Saya tahu, Khalis. Jelas. Tak ada apa yang kau perlu selindung. Saya terima ni pun dengan rela hati. Bukan salah awak atau sebab awak suruh pun. Saya tahu semua tu, tentang awak, perkahwinan kita” Aku memberhentikan kata seolah-olah telah selesai berbicara. Namun masih ada lagi yang tergantung…

Khalis toleh melihat aku di kirinya dan senyuman dihadiahkan kepadaku. “Thanks, Ena. Aku tahu kau kawan yang terbaik pernah aku ada.” Khalis dengan ikhlasnya memuji Ena. Dia benar-benar maksudkan apa yang dia katakan kepada sahabatnya, yang kini bergelar isterinya pula.

Aku senyum kecil pada Khalis. “Tapi..Khalis, boleh, kan? Kalau awak cuba berubah slow-slow? Saya boleh bantu awak. Saya boleh support awak. I’m always here” Aku sambung bicara tadi dengan senyuman penuh ikhlas dan yakin. Kalau Khalis nak berubah, aku boleh jadi penolak. Aku sanggup berada dengannya untuk bantu dia, pulihkan dia.

Khalis yang mendengarkan itu, terus wajahnya berubah tajam. Aku teguk liur, takut dengan sisi Khalis yang satu ini. “Kau jangan mulakan, Ena. Aku dah tekad dengan keputusan aku. Aku tahu kau faham, kan? Jadi tak perlu nak paksa atau nasihatkan aku untuk berubah! Aku memang macam ni dari dulu, bukannya kau tak tahu? Banyak kali kan kita dah cakap pasal pekrara ni masa dulu. Kenapa kau nak ungkit sekarang?!” Khalis terus meninggikan suara dan tidak berpuas hati dengan apa yang Ena katakan.

Mata aku sudah mula berkaca dan berat dengan air mata. Khalis boleh jadi sweet, caring and gentle and other time dia boleh jadi totally opposite dan menakutkan. Aku tahu reaksi Khalis akan begini, dan aku sedia menghadapinya. Tetapi, aku tetap juga mahu terus berusaha, hingga hati Khalis boleh terbuka semula.

“Khalis, saya minta maaf. Saya..saya Cuma nak tolong awak. Saya kan sekarang dah jadi isteri awak. Saya berhak nak suarakan pandangan saya, untuk kebaikan awak juga..” Aku menjawab dengan suara yang sayu-sayu menahan empangan air mata daripada pecah. Ya Allah, kuatkanlah hati ini.

“Heh, mentang-mentanglah sekarang kau dah jadi isteri aku, lepastu apa? Kau nak claim lebih la? Oh dulu masa nasihatkan aku sebagai kawan, konon ok je bila aku taknak dengar. Kawan je dengan aku. Lepastu sekarang? Nak pull the damn wife card ke?” Bentak Khalis. Dia sudah betul-betul menunjukkan yang dia sedang marah dengan Ena.

Aku hanya mendiamkan diri dan tunduk menghadap Khalis. Sumpah! Aku tak boleh nak bercakap. Nak lawan balik apa yang Khalis katakan. Sebab sebutir je perkataan aku sebut, aku yakin setitik air jernih yang akan mengalir dulu. Maka aku hanya membisukan diri.

Khalis yang sudah tidak tahan itu mula berpaling dan mahu melangkah pergi, masuk ke dalam bilik tidur mereka meninggalkan Ena keseorangan. Baru beberapa tapak Khalis berlalu, dia berhenti tanpa menoleh ke belekang, menghadap Ena. “Kalau kau menyesal kahwin dengan aku, Ena, kau patutnya tolak dari awal lagi. Kalau kau tak tahan sangat, kau bagitahu saja aku. Aku yakin, kau tak akan mampu bertahan selamanya dengan keadaan aku yang macam ni. Aku ingat, kau masih boleh terima buruk aku. Rupanya tak. Kau memang nak aku berubah, dan dengan jadi isteri aku, aku boleh dengar cakap kau, kan Ena? Dalam mimpi.” Sesusah itu, Khalis terus lajukan kaki ke keluar dari bilik.

Aku terpempan. Ya Allah, awal-awal lagi dia dah bagi amaran dekat aku. Ya, aku tahu aku tak mampu nak tahan untuk selamanya. Sebab itu aku mahu tolong Khalis. Aku nak bantu dia. Aku yakin dia boleh, dengan usaha dan dorongan orang sekeliling..

Berubah, tinggalkan nafsunya yang hanya pada sesama jantina….

 .

.

.

-Scribble Writer-

Sinopsis akan up kemudian. I'm so excited that I randomly wrote the chapter dulu! >< Tapi agak-agak dah tahu kot cerita ni macam mana...?

SEGMEN : Pencarian Bloglist By Izatie Salim

 hello. **click banner to join** Jom join segmen bloglist. Banner dia comel btw ! >< Hahahaha. Yang singgah sini, follow and leave com...