Setelah seharian melayan tetamu yang hadir untuk
majlis persandinganku, aku dapat rasakan badanku yang sudah berpeluh dan
berlekit. Memandangkan Khalis masih lagi berada di luar rumah, aku berlalu
dahulu untuk naik ke atas dan membersihkan diri.
Jam pada waktu itu sudahpun masuk 9 malam, ketika aku
baru sahaja keluar dari bilik air. Dengan hanya mengenakan bathrobe, aku
berjalan kearah wardrobe yang menempatkan baju-baju aku. Kelibat Khalis masih
lagi tidak kelihatan dalam bilik, jadi aku menganggap dia mungkin masih lagi
berada di bawah bersama ahli keluarga yang lain.
Tangan kananku mencari-cari baju pajama tidur. Macam
manalah aku boleh lupa untuk bawa baju tukar dalam tandas terus saja tadi?
Ingat bawa anak-anak sahaja. Mak besarnya boleh terlupa pula. Aku bukannya apa,
aku cuma takut sebab bila-bila masa je Khalis boleh masuk. Ah aku tak sedia nak
berhadapan dengan dia dalam berpakaian begini. Malu wei! Mengenangkan
suara-suara kecil dalam fikiranku itu, aku makin cepat-cepat mencari baju tidur
yang sesuai. Dah kenapa semua baju ni warnanya mengancam sangat? Terang-terang
pula tu! Ni mesti kerja mama kan, sengaja lah tu nak bagi aku pakai. Haih, puas
aku mengeluh, akhirnya aku ternampak sepasang baju tidur berwarna hitam. Yes! Ha jumpa pun yang elok sikit.
Baru saja aku ingin menarik keluar baju pajama itu, aku
terdengar bunyi pintu bilik yang dikuak. Orang pertama yang terlintas untuk
buka pintu sudah semestinya Khalis. Tapi boleh jadi juga mama atau Aisyah, adik
perempuan Khalis. Sepasang baju itu aku peluk rapat ke dada dan aku menoleh
memandang kearah bunyi itu memandangkan wardrobe ini agak tersorok. Privacy.
Dan benar, manusia tersebut adalah Khalis. Dia
menanggalkan songkok di kepala dan menutup tombol pintu. Walaupun hari sudah
larut malam dan dia mengenakan pakaian yang sama, baju Melayu itu dari pagi
lagi, tapi Khalis masih Nampak segak lagi. Susah la macam ni, effortless handsome!
“Kau tu dah kenapa sekodeng aku macam stalker pula?
Tahulah handsome, tak payah lah tengok lama-lama,” Teguran dari Khalis
mematikan lamunan aku. Tak prasan pun weh usya dia lama macam tu! Argh,
malunya! Menyedarkan hal itu, aku terus toleh daripadanya dan tundukkan kepala.
Mana nak letak muka ni? Dalam almari ni boleh?
“Erm, a-awak nak mandi ke?” Perlahan-lahan aku pandang
dia semula yang sudah beralih duduk di sisi katil dan membuka beberapa butang
atas baju Melayu itu sehingga mendedahkan bahagian dadanya yang tegap. Oh God! Sabar Ena, jangan nampak sangat side pervert tu, Ya Allah, baru beberapa
hari nikah dah sesak nafas macam ni. Macam mana nak survive? “Haah. Kenapa? Nak
mandi dengan aku ke?” Khalis terus membalas dengan muka tanpa riak. Dia boleh
ajak dengan muka macam tu je? Ish, straightforward
nya! “Taklah, saya dah mandi dah. Baru je. Awak masuk lah, mandi pula”
Jawapan daripada Khalis seterusnya menyentakkan aku.
“Boleh je mandi lagi sekali. Siap kita mandi wajib pun boleh dalam tu” Aku
dapat rasakan muka aku mula membahang dan membayangkan segala perkara-perkara nasty yang boleh berlaku antara kami. Ya
Allah, dia ni. Jangan macam-macam boleh tak? Khalis di sana sudah menyungging
bibir. Suka la tu, tengok muka Ena dah merah-merah menahan malu.
Keadaan yang jeda setelah itu membuatkan aku terus
berpaling untuk masuk semula ke dalam wardrobe dan salin baju tidur. Omy! Aku
baru prasan, aku dari tadi pakai bathrobe je sepanjang bercakap dengan Khalis?!
Ya Allah, malu malu malu!! Maka cepat-cepat aku tutup gelangsar wardrobe dan
salin pakaian.
Khalis yang diam-diam memerhati Ena hanya tersenyum
sambil mengeleng perlahan dan mula melangkah untuk membersihkan dirinya pula.
***
Dingin bayu malam yang menampar-nampar lembut pipi dan
wajah Ena itu dihayati dengan sepenuhnya. Angin pada malam ni terus-terusan
bergerak dan ianya sangat menenangkan. Ena yang dari tadi berdiri di balkoni
sambil melihat dada langit malam yang penuh dengan bintang serta pemandangan
perumahan serta Bandar di kota itu memandangkan rumah bangle keluarga Khalis
terletak di atas bukit dan perumahan orang-orang berada yang membekalkan
pemandangan indah kepada penghuni rumah, lebih-lebih lagi pada waktu malam
begini.
Sedang Ena leka menatap bintang-bintang di langit,
Khalis baru sahaja berdiri di sebelahnya tetapi Ena sedang sibuk memerhatikan
bintang-bintang yang sangat banyak pada malam itu. Khalis yang melihatkan Ena
seperti terpukau dan leka itu berdehem sedikit.
Terdengar bunyi yang dating dari sebelah aku, aku
terus pandang ke sebelah kanan. Khalis ada dekat sini? Sejak bila? Dah lama ke
ni? Kenapa aku tak prasan? Tula, leka lagi tengok bintang-bintang. Bintang yang
paling terang kat sebelah ni pula tak prasan. EH?
“Ena,” Khalis bersuara namun pandangannya masih pada
langit malam. Sejak aku sudah prasankan Khalis, terus saja mata aku telekat
pada sisi wajahnya yang begitu kacak, terutamanya diterangi cahaya bulan dan
bintang. Angel ke Khalis ni?
“Ena! Woi, Ena? Hello?” Khalis melambai-lambai sebelah
tangan di hadapan mukaku, baru aku tersedar yang aku tak habis-habis tenungnya
lagi dari tadi. Aku dah cakap kan aku malu dengan kejadian intai Khalis masuk
bilik tadi kan? Sekarang pun sama! Ergh, kantoi busuk je!
“A-a-ha, ye, ye, apa dia?” Tergagap-gagap pula mulut
ni bila nak balas teguran Khalis tadi. Dah kenapa. “Haihla kau ni. Dari tadi
asyik duk tenung je aku. Seram pula rasa” Seloroh Khalis. Mana taknya woi, dah
hang handsome sangat! Bukan salah aku! Tapi aku hanya menjawabnya dalam hati.
“Ena, kau tahu kan, perkahwinan kita ni atas apa,”
Kata-kata dari Khalis yang tiba-tiba ke arah topic itu membuatkan aku sedikit
tersedar. Sepertinya dia mahu katakan sesuatu yang serius.
“Ya…saya tahu.”
“Aku..aku berterima kasih dekat kau, sebab kau sudi
terima pinangan keluarga aku. Tapi, kau dengan aku dah lama kawan, Ena. Kita
rapat. Kau tahu kan, aku jenis yang macam mana?”
Ujar Khalis dengan nada yang cuba dikawal. Seperti dia
tidak mahu aku tersakiti, tapi dalam masa yang sama tetap juga mahu menyatakan
yang benar.
“Ya, saya tahu. Saya tahu, Khalis. Jelas. Tak ada apa
yang kau perlu selindung. Saya terima ni pun dengan rela hati. Bukan salah awak
atau sebab awak suruh pun. Saya tahu semua tu, tentang awak, perkahwinan kita”
Aku memberhentikan kata seolah-olah telah selesai berbicara. Namun masih ada
lagi yang tergantung…
Khalis toleh melihat aku di kirinya dan senyuman
dihadiahkan kepadaku. “Thanks, Ena. Aku tahu kau kawan yang terbaik pernah aku
ada.” Khalis dengan ikhlasnya memuji Ena. Dia benar-benar maksudkan apa yang
dia katakan kepada sahabatnya, yang kini bergelar isterinya pula.
Aku senyum kecil pada Khalis. “Tapi..Khalis, boleh,
kan? Kalau awak cuba berubah slow-slow? Saya boleh bantu awak. Saya boleh
support awak. I’m always here” Aku sambung bicara tadi dengan senyuman penuh
ikhlas dan yakin. Kalau Khalis nak berubah, aku boleh jadi penolak. Aku sanggup
berada dengannya untuk bantu dia, pulihkan dia.
Khalis yang mendengarkan itu, terus wajahnya berubah
tajam. Aku teguk liur, takut dengan sisi Khalis yang satu ini. “Kau jangan
mulakan, Ena. Aku dah tekad dengan keputusan aku. Aku tahu kau faham, kan? Jadi
tak perlu nak paksa atau nasihatkan aku untuk berubah! Aku memang macam ni dari
dulu, bukannya kau tak tahu? Banyak kali kan kita dah cakap pasal pekrara ni
masa dulu. Kenapa kau nak ungkit sekarang?!” Khalis terus meninggikan suara dan
tidak berpuas hati dengan apa yang Ena katakan.
Mata aku sudah mula berkaca dan berat dengan air mata.
Khalis boleh jadi sweet, caring and gentle and other time dia boleh jadi
totally opposite dan menakutkan. Aku tahu reaksi Khalis akan begini, dan aku
sedia menghadapinya. Tetapi, aku tetap juga mahu terus berusaha, hingga hati
Khalis boleh terbuka semula.
“Khalis, saya minta maaf. Saya..saya Cuma nak tolong
awak. Saya kan sekarang dah jadi isteri awak. Saya berhak nak suarakan pandangan
saya, untuk kebaikan awak juga..” Aku menjawab dengan suara yang sayu-sayu
menahan empangan air mata daripada pecah. Ya Allah, kuatkanlah hati ini.
“Heh, mentang-mentanglah sekarang kau dah jadi isteri
aku, lepastu apa? Kau nak claim lebih la? Oh dulu masa nasihatkan aku sebagai
kawan, konon ok je bila aku taknak dengar. Kawan je dengan aku. Lepastu
sekarang? Nak pull the damn wife card ke?” Bentak Khalis. Dia sudah betul-betul
menunjukkan yang dia sedang marah dengan Ena.
Aku hanya mendiamkan diri dan tunduk menghadap Khalis.
Sumpah! Aku tak boleh nak bercakap. Nak lawan balik apa yang Khalis katakan.
Sebab sebutir je perkataan aku sebut, aku yakin setitik air jernih yang akan
mengalir dulu. Maka aku hanya membisukan diri.
Khalis yang sudah tidak tahan itu mula berpaling dan
mahu melangkah pergi, masuk ke dalam bilik tidur mereka meninggalkan Ena
keseorangan. Baru beberapa tapak Khalis berlalu, dia berhenti tanpa menoleh ke
belekang, menghadap Ena. “Kalau kau menyesal kahwin dengan aku, Ena, kau
patutnya tolak dari awal lagi. Kalau kau tak tahan sangat, kau bagitahu saja
aku. Aku yakin, kau tak akan mampu bertahan selamanya dengan keadaan aku yang
macam ni. Aku ingat, kau masih boleh terima buruk aku. Rupanya tak. Kau memang nak
aku berubah, dan dengan jadi isteri aku, aku boleh dengar cakap kau, kan Ena?
Dalam mimpi.” Sesusah itu, Khalis terus lajukan kaki ke keluar dari bilik.
Aku terpempan. Ya Allah, awal-awal lagi dia dah bagi
amaran dekat aku. Ya, aku tahu aku tak mampu nak tahan untuk selamanya. Sebab
itu aku mahu tolong Khalis. Aku nak bantu dia. Aku yakin dia boleh, dengan
usaha dan dorongan orang sekeliling..
Berubah, tinggalkan nafsunya yang hanya pada sesama
jantina….
No comments:
Post a Comment